Friday, January 12, 2018

Perladangan Kelapa Sawit, berbaloikah untuk rakyat?




Pagi ini terbaca satu artikel di The Star, tulisan Datuk Shahril Samad tentang masalah besar mendatang, iaitu pengharaman import minyak sawit oleh Kesatuan Eropah. (Palm Voice: Time for talk is over- The Star, 11January 2018). Beliau mengemukakan fakta yang sering menjadi slogan industri ini, iaitu perladangan kelapa sawit adalah tunjang ekonomi negara dan sumber pendapatan rakyat. Di sini ingin saya kemukakan pandangan yang berbeza.

Kalau dah memang kita suruh peladang tanam sawit berjuta2 ekar, dah tentulah ianya akan jadi sumber ekonomi yang penting. Teringat saya beberapa tahun dahulu, sebuah negara Asia Tengah mempertahankan penanaman pokok Popi yang menjadi sumber jenayah dadah dunia, kerana ia dah jadi sumber ekonomi penting negara itu.

Bagi saya, sebenarnya perladangan kelapa sawit merugikan. Walaupun benar, sering dijulang sebagai sumber yang banyak membantu ekonomi Malaysia. Namun haruslah difikirkan nilai ekonomi dan kos sosial dan alam sekitarnya. Marilah kita baca ulasan ini dengan fikiran yang terbuka.


Kelapa sawit bukanlah tanaman menjamin keselamatan Makanan 


Tidak dinafikan kelapa sawit meyumbang nilai yang besar kepada eknomi negara, tetapi pernahkah and terfikir kos yang ditanggung oleh negara? 76% kawasan pertanian di negara ini di tanam dengan kelapa sawit. Kelapa sawit bukanlah tanaman makanan. sebaliknya ianya adalah tanaman untuk jualan iaitu minyak masak, biofuel, sabun dan sebagainya. Ini bukanlah makanan kritikal. Akibatnya? negara mengimport RM45bilion makanan berbanding ekspot hanya RM27bil (2016).
Apa akan jadi kalau terdapat krisis perang dan sebagainya, makanan tak dapat di impot, kita nak makan kelapa sawit kah?


Kelapa sawit mempunyai pulangan ekonomi yang rendah untuk peladang.

Dari segi ekonomi untuk pendapatan rakyat yang sering dilaung2kan. Berapakah pendapatan peneroka dapat untuk 10 ekar? 2 ribu ringgit? 3 ribu ringgit? Paling tinggi pun 4ribu. Ini dari 10 EKAR!. tanyalah pengusaha sayur  komersil di mana2, berapakan anggaran pendapatan bersih sebulan dari SEEKAR?, tidak kurang dari RM5ribu!!!. Kalau pengusaha sayur komersil ada 10 ekar, anda rasa berapakah pendapatannya sebulan? Berbaloikah Peladangan sawit dikatakan membantu ekonomi rakyat?

Kelapa sawit bukanlah membuka peluang pekerjaan untuk rakyat
Kalau dilihat dari segi nilai pekerjaan pula, berapa jam peneroka yang bekerja di ladang sawit? jawapannya kebanyakannya merkea tidak bekerja di ladang sawit mereka, sebaliknya mengupah tenaga buruh asing untuk kerja2 harian di ladang. Ini mendatangkan kos sosial dari segi pendatang asing. Tanyalah mana2 peneroka berapa orang anak2 mereka yang sanggup bekerja di ladang sawit? paling kuat pun satu dua sahaja. Anak2 yang lain terpaksa mencari rezeki di Kota atau buat bisnes lain. Atau pernah kah kita lihat iklan di suratkhabar untuk mempelawa rakyat tempatan bekerja di ladang sawit? Siapa yang mahu?

Kelapa sawit adalah perladangan yang merosakkan alam sekitar
Ini belum disentuh dari segi kos persekitaran dengan kehilanagan biodiversiti, kerosakan tanah dan sumber air yang dicemari baja dan racun perladangan. Banyak lagi perkara yang harus dipertimbangkan sebelum kita kekal memastikan kelapa sawit sebagai tunjang ekonomi negara.


Oleh itu perlulah diubah paradigma anggapan tentang nilai ekonomi kelapa sawit ini. Berbaloikah? apa kata dari tanah sepuluh ekar tu, diusahakan pertanian komersil yang lain. dengan teknologi pertanian moden, dan dengan memilih tanaman yang lebih bernilai, satu atau dua ekar sudah cukup untuk peladang mewujudkan syarikat usahama anak beranak untuk mencapai nilai pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Thursday, September 14, 2017

Asrama terbakar sebab anak2 naik motor tanpa lesen..

Hari ni gempar berita kebakaran asrama Tahfiz Attafiqiyah di Petaling Jaya. 22 orang telah syahid. Takziah kepada keluarga syuhada2 muda ini. Bukan kali pertama asrama sekolah ugama terbakar dengan bilangan kematian yang tinggi. Adakah sekolah agama tak perlu ciri2 keselamatan? Pendapat saya, ini berkaitan dengan sikap masyarakat yang mengambil mudah peraturan keselamatan. Kalau ikut peraturan, bangunan sebegini perlu ada fire exit, larian keselamatan tidak melebihi 18 meter, penggera kebakaran, alat bantu mula. semua ini akan automatik ada sekiranya ada kelulusan bangunan setelah diubahsuai. Semua undang2 ini kadang2 dipandang remeh sebagai ciptaan manusia yang tak perlu dihormati.

Bila ini berlaku, ramai yang komen begitu begini. Yang mempertahankan pula akan bermatian2 menyandarkan pada takdir, atau menyalahkan kerjaan yang tak prihatin terhadap nasib sekolah agama persendirian begini.

Namun bagi saya, ini umpama menangis bila nasi sudah menjadi bubur. Siap yang memasaknya? kita semualah. Ini adalah masalahyang berakar umbi dari masyarakat sendiri. Bukan sekadar pengusaha sekolah tahfiz, bukan sekadar pegawai yang meluluskan peembinaan tanpa ikut syarat. Maslahnya bermula lebih jauh lagi.

sejak dari bangku sekolah lagi...

Cuba perhatikan, sejak dari umur semuda 7 tahun kita telahpun membiarkan anak2 kita tak hormat undang2. Cuba lihat di kampung2, bahkan di kawasan sekolah di dalam bandar pun, betapa selambanya anak2 menaiki motorsikal sedangkan kita tahu mereka tiada berlesen. Budak Form 1 boleh bawa motor hantar adik ke sekolah? tak ada undang2? ada. Habis tu? undang2 tak perlu dihormati...itu pendirian yang kita ajar kepada anak2 kita.

Bila besar, bayak undang2 sebenarnya dirasakan menyusahkan dan tak perlu. Naik kereta tak perlu paia seat belt. Buat rumah tak payah ada kelulusan, tak payah ikut syarat kelulusan bangunan. Yang besar jadi penguasa pula, undang2 penyelewengan di anggap enteng, akibatnya duit rakyat lesap berbilion ringgit baru ternganga. Baru nak protes, baru nak menyumpah, baru nak berreformasi.

Kalau dari awal kita tak benarkan anak kita naik motor tanpa lesen, insyaAllah generasi akan datang tak ada perangai yang macam ni.

Wallahualam

Monday, August 21, 2017

Guna duit agensi kerajaan untuk kempen pak menteri dan parti.




Kelmarin bersembang dengan seorang pegawai yang bertugas di sebuah agensi kerajaan. Ini kesimpulan luahan hatinya.
"Semakin dekat pilihan raya, semakin rancak agensi bawah kerajaan di suruh buat majlis perasmian itu ini, pelancaran itu ini dengan menggunakan bajet agensi sendiri untuk menteri itu dan menteri ini. Tidakkah ini boleh dianggap menyalahgunakan wang operasi kerajaan untuk publisiti pak menteri?
Sudahlah wang peruntukan operasi agensi dipotong sekian banyak, tiba2 diarahkan berbelanja untuk majlis2 pak menteri berposing depan media...potong riben, hi tea, lancarkan subsidi, lancarkan bukti pencapaian kementerian etc.
Lain kali, bila lihat menteri rasmikan majlis pemberian RM100,000 subsidi kepada mana2 'rakyat', fahamilah sekurang2nya 50,000 habis untuk jemputan media, protokol, cenderamata menteri, jamuan makan vip, yang akhirnya akan jadi tajuk berita akhbar, menteri ini buat kerja, parti ini kenang jasa rakyat, etc.. Ini semuanya free marketing untuk pak menteri dan parti supaya rakyat pangkah dia dalam PRU."

Wednesday, May 18, 2016

Zaha Hadid- Senibina atau Seni Arca? - Jangan Keliru

Sumber foto: e-architect.co.uk (courtesy Zaha Hadid Architects)
Baru baru ini dunia senibina menjadi heboh dengan kematian seorang bintang senibina yang bernama Zaha Hadid. Dia merupakan seorang arkitek yang memulakan tren rekabentuk yang sangat eksotik berdasarkan falsafah dekonstruktivis. Apa yang saya ingin suarakan adalah perlu untuk golongan arkitek menilai semula kesan sumbangan tren yang dipelopori oleh Zaha hadid ini. Foto di atas merupakan salah satu bangunan beliau. Ianya diakui sangat seksi, sangat eksotik dan mungkin layak menjadi latarbelakang filem bercorak futuristik. Para arkitek dan pelajar senibina ramai memuja bangunan sebegini sebagai 'senibina' yang hebat masakini. Namun begitu adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan sekiranya tren penilaian sebegini menjadi asas kepada pendidikan senibina.
Sesuatu bangunan yang dibina oleh seorang arkitek, sekiranya dinilai hanya dari segi rupa luarannya maka lebih layak digelar arca (sculpture) dan belum tentu ia layak dipanggil 'architecture' atau senibina. Sekarang ini adalah menjadi tren pelajar senibina mengagumi sesuatu bangunan itu hanya dari 'birds eye view' dan lain lain perspektif luaran tanpa mengambilkira tanggungjawab senibina yang lain. Memang diakui, dari segi rekabentuk, sesuatu yang jarang dicuba dan lain dari yang lain mempunyai nilai dari segi kelainan (novelty). Namun senibina bukanlah satu disiplin seni yang bebas. Boleh dikatakan senibina adalah seni yang paling banyak tanggungjawabnya. Apakah tanggungjawab senibina yang lain?.
  • Kos yang tidak membebankan klien
  • Suasana dalaman yang memberi keselesaan kepada penghuni
  • Kos penyelenggaraan dan pengoperasian yang menjimatkan
  • Mempunyai ergonomic yang baik
  • Tidak merosakkan alam sekitar
  • Tidak mengancam kesihatan
  • mematuhi undang2.
  • Tidak meresahkan penghuni berdekatan.
  • dan banyak lagi..(percayalah, disiplin senibina sangat rumit sehinggakan untuk mencapai tahap professional dalam bidang ini, mengambil masa jauh lebih banyak dari bidang professional yang lain).
Bukanlah tujuan penulis untuk melabelkan Zaha Hadid sebagai arkitek yang rendah mutu senibinanya, bahkan mungkin sebaliknya. Tetapi apa yang penting adalah golongan professional, pelajar senibina mahupun orang awam janganlah menerima sesuatu sebagai senibina yang baik hanya dengan melihat luaran ataupun lukisan sesuatu bangunan itu. Perlu ada penilaian yang lebih bertanggungjawab, berdasarkan kriteria yang saya nyatakan. Kriteria yang saya rasakan terpinggir dengan keghairahan mengagungkan nilai 'sculpture' sesuatu senibina.

Tuesday, August 4, 2015

Motosikal, penyelesaian yang berisiko tinggi.

Bukan memandang hina pada motosikal tetapi mengajak semua berfikir di luar kotak. Dengan Jalan yang sesak memang tidak dinafikan ramai memilih motosikal. Tapi risiko yang diambil perlu di nilai. Kali ini kisah di dalam utusan Malaysia 4hb Ogos 2015, yang bertajuk "Akhir Perjalanan yang penuh Berisiko": kisah sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan motosikal. Anak2 yang masih hijau seramai 4 orang. Fikirkanlah.
Bolehkah kita menyeru masyarakat untuk tidak memilih motosikal. Prasarana kemudahan awam perlu diperbaiki agar motosikal merupakan pilihan terakhir. Ataupun penyelesaian yang baharu perlu di lakukan agar tiada motosikal dalamsistem pengangkutan negara. Pengalaman sendiri dengan keluarga dan kawan2, talah disaksikan betapa banyak keluarga ang hancur, harapan yang musnah kerana yang disayangi maut nahas motosikal. Memang risiko kematian memang ada apa jua kenderaan, tapi risiko motosikal jauh melampaui yang lain2.

Beritanya di sini.

Monday, July 6, 2015

Trend konvoi motosikal besar perlu dihindari.

Kisah tragedi wanita putus kepala akibat kemalangan motosikal hari ini amat menghibakan. Beritanya disini. Suami yang menunggang pula putus tangan dan parah. mangsa mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Dalam kita mengucapkan takziah dan doa, perlu juga diambil pengajaran kisah ini. Dewasa ini trend berkonvoi dengan motosikal menjadi kegemaran kelas pertengahan. Kalau dulu orang bermotosikal adalah kerana keperluan. Terutama mereka yang kurang mampu membeli kereta. Tapi kini ianya sebagai hobi dan kesronokan golongan lebih mampu. Perlu disuarakan di sini berbaloikah trend ini dengan risiko yang ada? Bukan sekali ini kes seumpama ini. Yang meninggal kita doakan terbaik. Tetapi apakah nasib keluarga yang tinggal? Terutamanya anak 2 yang masih kecil. Janganlah kerana keseronokan hingga nasihat sebegini dianggap melampau.

Wallahualam.


Thursday, June 25, 2015

Sarawak Report: The question is, is the information altered or not?

Xavier Justo's arrest in connection with the Petrosaudi leaked information need to be examined in perspectives. To 1MDB supporters, it is a clear evidence that will help repair the image of 1MDB and many quick to believe so. However people seems to overlook the rather important question whether the leaked information is correct or has been tampered with.

 IF the leaked information is correct, it means 1MDB is a shady deal, further criminal investigation is worth pursuing. IF it has been tampered, then Xavier Justo need to be questioned over his motives, or who is the party behind this. This is still an open ended avenue.

Nevertheless, it is worth pondering, why would one tamper an evidence that he depended his life on to blackmail someone, only to risk discrediting his claim?

There is a newspiece in NST today quoting that an expert from PGI, an international cyber security company based in the UK, as saying "..that documents on The Sarawak Report have been creatively altered". The next questions one should ask is 'what kind of altering?' If the altering is trivial, e.g. simply on document formatting rather than the actual content, than the whole shadiness of 1MDB issue is still there. Perhaps the investigation should be on the actual mail server that hosts these communication?

Read the news here.


Tuesday, June 23, 2015

Cuaca panas punca cirit birit

Ada yang perasan tentang peningkatan kes cirit birit sekarang ni. Rupa2nya cuaca panas melampau ada kaitan...
http://www.terradaily.com/reports/Diarrhoea_near_epidemic_in_Bangladesh_heatwave_clinic_999.html

Lagi kes anak dilanggar ibu.

Lagi kisah anak dilanggar oleh ibubapa atas kelalaian. Sampai bila kita nak serahkan 'dah ajal' tanpa perlu ambil pengajaran. Ini bukan kali pertama kes seumpama ini berlaku.

Saranan kami setiap kali sebelum masuk kenderaan. Pastikan pintu rumah ditutup supaya anak kecil yang tinggal tak boleh keluar sendiri.

Cemburulah keselamatan anak anak.

Tuesday, May 12, 2009

Mat rempit dan glamor media

seorang produser ditanya mengapa buat cerite berkenaan rempit? jawapannya untuk mengajar masyarakat? Soalnya mengajar apa? mengajar merempit?. Bukan pengajaran untuk sedar, sebaliknye semakin menghairahkan anak2 muda untuk menceburi ;glamor' merempit. yang sedihnye, mengapa media arus perdana dibiarkan ditunggangi oleh mereka yang berfikiran salah seperti ini? Sebenarnye sebaik sahaja filem itu ditayangkan, gejala merempit semakin menjadi2.

Wednesday, December 3, 2008

Fw: [studio45] Jual Mahal Berkali Ganda : Bolehkah..?

Sedikit penearangan berkenaan Kewangan Islam dipetik dari Zaharudin.net:
 
Ramai bertanya sama ada terdapat dalil khusus yang menghadkan keuntungan halal dalam transaksi jual beli.
Jawapan ringkasnya ; tiada dalil khusus dalam hal ini sebagai contoh tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung tidak boleh melebihi 20 %, 30 % dari modal atau lain-lain peratusan. Ini kerana penetapan keuntungan ini akan melencongkan transaksi tersebut dari memberi keadilan buat pihak yang menjual dan membeli.
Di dalam Islam, setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun demikian ia masih terikat dengan harga pasaran.
Justeru, harga yang ditawarkan hendaklah :-
  1. Diterima harga pasaran.
  2. Jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia MESTI mempunyai sesuatu add value atau tambahan nilai unik pada kualiti barangan itu, contohnya, harga pasaran bagi jualan sebuah rumah teres tiga bilik dengan keluasan 22 x 75 kaki adalah RM250,000. Namun penjual mahu menjualnya dengan harga RM 400,000 disebabkan renovation dalamannya yang begitu cantik.
  3. Tidak dibuat dengan tujuan spekulasi (harga yang ditawar bukan bertujuan untuk jual beli sebenar tetapi hanya dibuat bagi memberi kesan kepada harga pasaran semasa) atau bagi menaikkan harga pasaran.
Tatkala itu, harga jualannya yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran rumah sejenis adalah HALAL disebabkan perbezaan dan nilai tambah yang diusahakannya.
Hasil usaha beserta modal tadilah yang menjadikannya halal menerima imbuhan keuntungan.
Satu contoh lagi, saya masih ingat kisah yang heboh diperkatakan dikhabar satu ketika dahulu, berkenaan harga sepinggan nasi dagang yang mencecah RM45 ( jika tidak silap saya). Sudah tentu jika dilihat, ia melebihi harga pasaran sepinggan nasi dagang. Namun, jika berjaya dibuktikan nasi yang dijualnya mempunyai nilai yang sesuai dengan harganya seperti katanya, harga ikan yang digunakan, minyak zaitun atau apa jua yang lain. Ia adalah harus dan halal, namun jika ia tidak sepadan dengan harga pasaran , para ulama berbeza pendapat.
Jelas bahawa, jikalau barang yang dimiliki mempunyai ciri khas istimewa, atau telah ditambahkan ciri-ciri istimewa, tatkala itu ia boleh berbeza dengan harga pasaran biasa.

Adapun bagi penjual barangan yang tiada nilai tambah, atau jika ada sekalipun ia hanyalah nilai tambah yang kecil seperti :
Rumah teres tadi hanya dicat baru sahaja. Tatkala itu, harganya masih tidak boleh naik terlalu tinggi dari harga pasaran.
Bagi aset atau barang yang tiada sebarang perbezaan tambah nilai, para ulama berbeza pendapat, terdapat mereka yang membenarkan tidak lebih dari 1/6 dari harga pasaran, ada yang meletakkan 1/3 (pandangan ulama Maliki), ½ dan lain-lain.

Bagaimanapun, menurut tahqiq atau analisa terkini yang dibuat oleh Syeikh Prof Dr Muyi din AL-Qurrah Daghi, PANDANGAN TERKUAT DALAM HAL INI ADALAH TERSERAH KEPADA URUF atau suasana setempat. Semua kadar-kadar yang diberikan tadi semuanya tidak disokong oleh dalil khusus.


BAGAIMANA JIKA ANDA PENENTU HARGA PASARAN..?
Jika inilah kesnya, keadaannya berbeza dan anda boleh menentukan harga sendiri dan ia akan diikuti oleh yang lain sehingga diterima sebagai 'harga pasaran'.
Namun demikian perlu diingat, untuk diiktiraf menjadi pihak berwibawa dan dirujuk dalam penentuan harga, sudah tentu :-
  1. Sebuah syarikat amat besar yang mampu memberi kesan kepada pasaran dan syarikat-syarikat lain,
  2. Anda akan terikat dengan kepakaran menilai atau 'evaluation' harga kualiti khidmat ditawar atau barang yang dijual, agar ia bertepatan dengan 'Thaman al-Mithl' ( harga sesuai yang bertepatan dengan nilai barang). Justeru itu, sekiranya anda meningkatkan harga melambung-lambung tanpa justifikasi tepat, saya yakin anda tidak akan lagi menjadi pakar rujuk harga pasaran selepas ini. Wibawa menjadi hilang juga.
Kesimpulannya, walaupun anda atau syarikat adalah penentu harga, namun masih terikat dengan proses-proses penentuan harga yang lain seperti :-
  1. Demand and supply
  2. kesukaran memperolehinya,
  3. Ia dari jenis barang asasi atau tidak
  4. Pihak yang membeli secara berhutang atau tunai,
  5. Matawang yang digunakan dan lain-lain.
  6. Jenis transaksi dan lain-lain.
Semua ini memberi kesan dalam penentuan harga. Al ini banyak dibincangkan dalam perbincangan ekonomi Islam dan juga pernah dijelaskan oleh Ibn Taimiah dan lain-lain.

 


NISBAH UNTUNG DAN DALIL
Bagi mereka yang inginkan dalil keharusan harga tanpa had (selagi dalam harga pasaran atau boleh dijustifikasikan secara menepati Shariah), berikut antaranya :-
Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-
1) Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

 

Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.

 

2) Sebuah lagi dalil adalah :-
Apa yang dilakukan oleh sahabat bernama Zubayr Al-'Awwam r.a di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah Bin Zubayr dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya dengan Sembilan kali ganda harga asalnya.
Walaupun hadis ini mawquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu'awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat di zaman Sayyidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat di zaman itu menjadikannya sebagai ijma' sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.
Namun demikian, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga secara tidak sihat, melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli tentang harga pasaran atau lain-lain kezaliman, maka harga yang tinggi tadi menjadi haram.

 


BANK-BANK ISLAM CAJ HARGA LEBIH HARGA PASARAN ATAU TIDAK?
Dalam hal bank-bank Islam yang menjalankan transaksi jual beli ( sama ada atas kontrak BBA, Bai Al-Inah dan Murabahah) dalam produk pembiayaan runcitnya. Bank-bank ini kerap dikatakan menjual semula rumah tadi dengan harga yang terlalu mahal contonya seperti : Pembiayaan sebanyak RM 200,000. Namun jumlah harga yang perlu dibayar semula oleh pelanggan adalah RM 400,000 dalam tempoh 25 tahun sebagai contoh.
Apa hukumnya?. Hukumnya masih harus dan halal kerana itulah harga pasaran bagi setiap pembelian aset yang mahal lagi mudah naik harga (seperti rumah) besar yang ingin dibayar secara ansuran selama 25 - 30 tahun. Buktinya ia harga pasaran adalah cubalah anda melihat tawaran dari bank-bank lain. Malah jika anda punyai pengalaman bekerja dengan bank konvensional atau bank Islam, anda akan mengetahui itulah juga nilai yang dijangka diperolehi oleh bank konvensional sepanjang tempoh 25 - 30 tahun itu walaupun jangkaan harga yang diharapkan oleh bank konvensinonal sentiasa naik turun berdasarkan BLR.
Jika ingin dibuat perbandingan; sebuah rumah, kebiasaannya nilai semasanya cukup mudah untuk naik dalam beberapa tahun, seorang kenalan saya di Bukit Damansara pernah menyatakan ia membeli rumahnya di kawasan tersebut sekitar 20 tahun lalu dengan arga RM 100,000 ke RM 200,000 sahaja, hari ini nilai rumahnya tanpa sebarang renovation pun sudah mencecah RM 1 juta.
Adakah kita ingin pihak bank menjadikan jangkaan harga selepas 25 tahun itu sebagai harga pasarannya? Sudah tentu tidak rasanya. Justeru, jika pihak bank menawarkan sesuatu harga yang puratanya hanya melebihi 50% - 100% dari harga asal rumah, saya kira itu masih reasonable kerana dalam tempoh 25 - 30 tahun, harga rumah tersebut boleh meningkat jauh dari itu, tidak dinafikan ia boleh juga menurun.
Hakikatnya, nilai harga yang ingin ditawar kepada pelanggan ditentukan dengan cermat dan berhati-hati oleh pihak bank, ia bukanlah melihat sangat kepada harga aset dalam tempoh akan datang, namun ia mempunyai pelbagai aspek kos mengurus minima (cost of fund). Juga melihat kepada kadar faedah semalam yang ditentukan oleh pihak Bank Negara Malaysia.
Bagaimana pula kereta yang harganya tidak naik selepas 5 tahun tetapi turun.? Telah saya sebutkan tadi, nilai harga akan datang biasanya tidak dilihat sangat oleh pihak bank, kerana mereka lebih terikat dengan kadar faedah yang dikeluarkan oleh BNM dan Cost of Fund bank terbabit. Justeru, harga pasarannya adalah melihat kepada harga tawaran oleh bank-bank lain, termasuk bank konvensional. Apapun, harga dan kadar pembelian kereta menggunakan bank konvensional dan Islam adalah hampir sama. Malah pembiayaan kereta secara Islam lebih menarik kerana sebarang kelewatan hanya akan dikenakan 1% penalti tanpa 'compounding' berbanding 3 - 5 % penalti bagi bank konvensional yang bersifat compounding.
Sukar untuk saya terangkan semua fakta dan formula kira-kira di sini, namun sebahagiannya telah saya terangkan di artikel-artikel lain di web ini.
Kesimpulannya, itulah harga pasaran sebenarnya dan ia masih dalam harga pasaran. Saya juga berharap ia lebih murah kerana saya juga adalah pelanggan, namun saya terpaksa akur dengan harga yang ada di hadapan mata, kerana ia masih dalam ruang lingkup HARUS menurut Shariah.
Sekian

Wednesday, September 10, 2008

Something I post on che-det blog recently. Its being reviewed, just don't want to lose it in case its not published. So I post the text here, hopefull no infringing rights anywhere.

(under review)

Assalaamualaikum Tun yang dihormati.

How about developing and working smartly rather than hardly?. How about anticipating rather than catching up? The developed nations are somehow deliberating on a u turn. Imagine predicting their direction and work out the short cut to get there, since we are already closer to their new goal. The 'fast runners' have come to realise some of the perils of running too fast and they are now learning to run 'sustainably'. Perhaps after all, its not how fast you can run, but how sustainable you can do it. Why not learn from their mistakes too?

They are beginning to talk about reducing earning work hours as a means of invigorating a more sustainable society. The extra free hours gained, actually do contribute to development in a different way. Now, a lot of money are spent in recuperating from 'running too fast': e.g. work stress related diseases, family breakdown and lots of resources are needed to cope with the damages, bigger need for escapism etc. When people have more time to cater for society's need out of altruism, in the final analysis productivity may greatly enhanced and lower cost of production may be the 'side effect'. I think Tun can see where the argument is going.

I am very interested to see your view on this proposition.

Thank you and wassalam
Zafom

Thursday, August 28, 2008

"Semua pun suka"-penyalahgunaan kata

"Semua pun suka!" Ungkapan sedemikian seringkali kedengaran di mana2 sejak kebelakangan ini. Pendapat saya, ia merupakan penyalahgunaan kata. Mungkin saya silap tapi saya harap penerangan saya ini betul.

Penggunaan 'pun' dalam ungkapan sebegini tidak betul sebenarnya.Mengapa tidak guna saja 'semua orang suka'. "Pun" biasanya digunakan dalam kes sebegini- "Suara Siti sedap, semua orang suka mendengarnya, kanak-kanak pun suka mendengarnya"

Wallahualam

Monday, June 16, 2008

Kebaikan naiknya harga Minyak

Minggu Lepas harga Minyak naik ke RM 2.7 seliter. Disana sini ramai kedengaran protes, biasanya berbau politik. Di sini ingin saya bincangkan sedikit tentang pandangan alternatif yang sepatutnya difikirkan. Masalah minyak mahal bukanlah masalah sebuah negara, ia melanda seluruh dunia. Berikut petikan dari ucapan Presiden Perancis Francois Fillon pada 13 June:

French Prime Minister Francois Fillon on Friday rebuffed calls for lowering fuel prices, saying the move would likely increase consumption and "prolong the illusion."

"To encourage fuel consumption would be a historical misstep," said Fillon during a visit to a geothermal power site at Soultz-sous-Forets in eastern France.

"It would prolong the illusion pending the next hike. I refuse to take this short-term approach," he said.

France has been rocked by widespread protests by fishermen, truckers and other big fuel users over the oil prices that have soared to record heights of near 140 dollars a barrel.

Saying that high oil prices were here to stay, Fillon said France had "little or no influence" on the fluctuation and that "it will probably continue."

Dipetik dari http://uk.news.yahoo.com/afp/20080613/tpl-france-politics-oil-inflation-9eb7866.html

Apapun yang pasti, minyak semakin berkurangan. Untuk menghasilkan 1 kg minyak mengambil masa ribuan malahan jutaan tahun. Untuk menggunakan 1 kg minyak tidak sampaipun beberapa minit. Oleh itu, kilang penghasilan minyak semulajadi (iaitu alam- bukannya negara pengeluar minyak) tidak akan mampu memenuhi kehendak dunia yang semakin bertambah. Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengatakan ini kesalahan kerajaan, dan berjanji sekiranya dia dipilih menjadi pemerintah, harga akan diturunkan. Ianya seperti menjanjikan hujan di musim kemarau..fikirlah sendiri..
satu lagi masalah menggunaan minyak ialah penghasilan Karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global. Kenaikan harga sebenarnya merupakan insentif untuk kita mengurangkan kadar penghasilan gas ini yang telah terbukti (walaupun diragui oleh mereka yang bersentimen lain) membawa kemusnahan pada kehidupan manusia...

Friday, April 11, 2008

China dan alam sekitar

Sekarang negara China dikatakan sedang berkembang pesat dari segi ekonomi. Mungkin objektifnya untuk mencapai taraf hidup yang sama dengan AS. Tetapi tahukah anda, para saintis menjangkakan sekiranya penduduk china yang lebih satu billion itu mencapai tahap negara maju, maka sekurang2nya satu buah planet lagi di perlukan untuk menampung kehidupan manusia. Dan masalah yang lebih besar lagi, negara maju seperti AS telah lama mengalami kemodenan, oleh itu segala keperluan sosial untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan penduduknya telah lama digubal. Sedangkan negara china merupakan negara yang baru terdedah kepada pasaran global dan ada kemungkinan gejala kemusnahan dan ketidaklestarian tidak dapat dapat di kawal, walaupun dengan sistem undang2 ala tentera yang diamalkan oleh negara China. Di bawah ini di sertakan petikan dari sebuah laman web (http://www.worldwatch.org/node/3893). Ia memetik dari laporan State of the World 2006: Special Focus: China and India
"The United States still consumes three times as much grain per person as China and five times as much as India, notes the report. U.S. per-capita carbon dioxide emissions are six times the Chinese level and 20 times the Indian level. If China and India were to consume resources and produce pollution at the current U.S. per-capita level, it would require two planet Earths just to sustain their two economies".

Tuesday, October 16, 2007

Selamat Hari raya

selamat hari raya sebagi permulaan blog ini.