Monday, August 21, 2017

Guna duit agensi kerajaan untuk kempen pak menteri dan parti.




Kelmarin bersembang dengan seorang pegawai yang bertugas di sebuah agensi kerajaan. Ini kesimpulan luahan hatinya.
"Semakin dekat pilihan raya, semakin rancak agensi bawah kerajaan di suruh buat majlis perasmian itu ini, pelancaran itu ini dengan menggunakan bajet agensi sendiri untuk menteri itu dan menteri ini. Tidakkah ini boleh dianggap menyalahgunakan wang operasi kerajaan untuk publisiti pak menteri?
Sudahlah wang peruntukan operasi agensi dipotong sekian banyak, tiba2 diarahkan berbelanja untuk majlis2 pak menteri berposing depan media...potong riben, hi tea, lancarkan subsidi, lancarkan bukti pencapaian kementerian etc.
Lain kali, bila lihat menteri rasmikan majlis pemberian RM100,000 subsidi kepada mana2 'rakyat', fahamilah sekurang2nya 50,000 habis untuk jemputan media, protokol, cenderamata menteri, jamuan makan vip, yang akhirnya akan jadi tajuk berita akhbar, menteri ini buat kerja, parti ini kenang jasa rakyat, etc.. Ini semuanya free marketing untuk pak menteri dan parti supaya rakyat pangkah dia dalam PRU."

Wednesday, May 18, 2016

Zaha Hadid- Senibina atau Seni Arca? - Jangan Keliru

Sumber foto: e-architect.co.uk (courtesy Zaha Hadid Architects)
Baru baru ini dunia senibina menjadi heboh dengan kematian seorang bintang senibina yang bernama Zaha Hadid. Dia merupakan seorang arkitek yang memulakan tren rekabentuk yang sangat eksotik berdasarkan falsafah dekonstruktivis. Apa yang saya ingin suarakan adalah perlu untuk golongan arkitek menilai semula kesan sumbangan tren yang dipelopori oleh Zaha hadid ini. Foto di atas merupakan salah satu bangunan beliau. Ianya diakui sangat seksi, sangat eksotik dan mungkin layak menjadi latarbelakang filem bercorak futuristik. Para arkitek dan pelajar senibina ramai memuja bangunan sebegini sebagai 'senibina' yang hebat masakini. Namun begitu adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan sekiranya tren penilaian sebegini menjadi asas kepada pendidikan senibina.
Sesuatu bangunan yang dibina oleh seorang arkitek, sekiranya dinilai hanya dari segi rupa luarannya maka lebih layak digelar arca (sculpture) dan belum tentu ia layak dipanggil 'architecture' atau senibina. Sekarang ini adalah menjadi tren pelajar senibina mengagumi sesuatu bangunan itu hanya dari 'birds eye view' dan lain lain perspektif luaran tanpa mengambilkira tanggungjawab senibina yang lain. Memang diakui, dari segi rekabentuk, sesuatu yang jarang dicuba dan lain dari yang lain mempunyai nilai dari segi kelainan (novelty). Namun senibina bukanlah satu disiplin seni yang bebas. Boleh dikatakan senibina adalah seni yang paling banyak tanggungjawabnya. Apakah tanggungjawab senibina yang lain?.
  • Kos yang tidak membebankan klien
  • Suasana dalaman yang memberi keselesaan kepada penghuni
  • Kos penyelenggaraan dan pengoperasian yang menjimatkan
  • Mempunyai ergonomic yang baik
  • Tidak merosakkan alam sekitar
  • Tidak mengancam kesihatan
  • mematuhi undang2.
  • Tidak meresahkan penghuni berdekatan.
  • dan banyak lagi..(percayalah, disiplin senibina sangat rumit sehinggakan untuk mencapai tahap professional dalam bidang ini, mengambil masa jauh lebih banyak dari bidang professional yang lain).
Bukanlah tujuan penulis untuk melabelkan Zaha Hadid sebagai arkitek yang rendah mutu senibinanya, bahkan mungkin sebaliknya. Tetapi apa yang penting adalah golongan professional, pelajar senibina mahupun orang awam janganlah menerima sesuatu sebagai senibina yang baik hanya dengan melihat luaran ataupun lukisan sesuatu bangunan itu. Perlu ada penilaian yang lebih bertanggungjawab, berdasarkan kriteria yang saya nyatakan. Kriteria yang saya rasakan terpinggir dengan keghairahan mengagungkan nilai 'sculpture' sesuatu senibina.

Tuesday, August 4, 2015

Motosikal, penyelesaian yang berisiko tinggi.

Bukan memandang hina pada motosikal tetapi mengajak semua berfikir di luar kotak. Dengan Jalan yang sesak memang tidak dinafikan ramai memilih motosikal. Tapi risiko yang diambil perlu di nilai. Kali ini kisah di dalam utusan Malaysia 4hb Ogos 2015, yang bertajuk "Akhir Perjalanan yang penuh Berisiko": kisah sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan motosikal. Anak2 yang masih hijau seramai 4 orang. Fikirkanlah.
Bolehkah kita menyeru masyarakat untuk tidak memilih motosikal. Prasarana kemudahan awam perlu diperbaiki agar motosikal merupakan pilihan terakhir. Ataupun penyelesaian yang baharu perlu di lakukan agar tiada motosikal dalamsistem pengangkutan negara. Pengalaman sendiri dengan keluarga dan kawan2, talah disaksikan betapa banyak keluarga ang hancur, harapan yang musnah kerana yang disayangi maut nahas motosikal. Memang risiko kematian memang ada apa jua kenderaan, tapi risiko motosikal jauh melampaui yang lain2.

Beritanya di sini.

Monday, July 6, 2015

Trend konvoi motosikal besar perlu dihindari.

Kisah tragedi wanita putus kepala akibat kemalangan motosikal hari ini amat menghibakan. Beritanya disini. Suami yang menunggang pula putus tangan dan parah. mangsa mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Dalam kita mengucapkan takziah dan doa, perlu juga diambil pengajaran kisah ini. Dewasa ini trend berkonvoi dengan motosikal menjadi kegemaran kelas pertengahan. Kalau dulu orang bermotosikal adalah kerana keperluan. Terutama mereka yang kurang mampu membeli kereta. Tapi kini ianya sebagai hobi dan kesronokan golongan lebih mampu. Perlu disuarakan di sini berbaloikah trend ini dengan risiko yang ada? Bukan sekali ini kes seumpama ini. Yang meninggal kita doakan terbaik. Tetapi apakah nasib keluarga yang tinggal? Terutamanya anak 2 yang masih kecil. Janganlah kerana keseronokan hingga nasihat sebegini dianggap melampau.

Wallahualam.


Thursday, June 25, 2015

Sarawak Report: The question is, is the information altered or not?

Xavier Justo's arrest in connection with the Petrosaudi leaked information need to be examined in perspectives. To 1MDB supporters, it is a clear evidence that will help repair the image of 1MDB and many quick to believe so. However people seems to overlook the rather important question whether the leaked information is correct or has been tampered with.

 IF the leaked information is correct, it means 1MDB is a shady deal, further criminal investigation is worth pursuing. IF it has been tampered, then Xavier Justo need to be questioned over his motives, or who is the party behind this. This is still an open ended avenue.

Nevertheless, it is worth pondering, why would one tamper an evidence that he depended his life on to blackmail someone, only to risk discrediting his claim?

There is a newspiece in NST today quoting that an expert from PGI, an international cyber security company based in the UK, as saying "..that documents on The Sarawak Report have been creatively altered". The next questions one should ask is 'what kind of altering?' If the altering is trivial, e.g. simply on document formatting rather than the actual content, than the whole shadiness of 1MDB issue is still there. Perhaps the investigation should be on the actual mail server that hosts these communication?

Read the news here.


Tuesday, June 23, 2015

Cuaca panas punca cirit birit

Ada yang perasan tentang peningkatan kes cirit birit sekarang ni. Rupa2nya cuaca panas melampau ada kaitan...
http://www.terradaily.com/reports/Diarrhoea_near_epidemic_in_Bangladesh_heatwave_clinic_999.html

Lagi kes anak dilanggar ibu.

Lagi kisah anak dilanggar oleh ibubapa atas kelalaian. Sampai bila kita nak serahkan 'dah ajal' tanpa perlu ambil pengajaran. Ini bukan kali pertama kes seumpama ini berlaku.

Saranan kami setiap kali sebelum masuk kenderaan. Pastikan pintu rumah ditutup supaya anak kecil yang tinggal tak boleh keluar sendiri.

Cemburulah keselamatan anak anak.