Friday, January 12, 2018

Perladangan Kelapa Sawit, berbaloikah untuk rakyat?




Pagi ini terbaca satu artikel di The Star, tulisan Datuk Shahril Samad tentang masalah besar mendatang, iaitu pengharaman import minyak sawit oleh Kesatuan Eropah. (Palm Voice: Time for talk is over- The Star, 11January 2018). Beliau mengemukakan fakta yang sering menjadi slogan industri ini, iaitu perladangan kelapa sawit adalah tunjang ekonomi negara dan sumber pendapatan rakyat. Di sini ingin saya kemukakan pandangan yang berbeza.

Kalau dah memang kita suruh peladang tanam sawit berjuta2 ekar, dah tentulah ianya akan jadi sumber ekonomi yang penting. Teringat saya beberapa tahun dahulu, sebuah negara Asia Tengah mempertahankan penanaman pokok Popi yang menjadi sumber jenayah dadah dunia, kerana ia dah jadi sumber ekonomi penting negara itu.

Bagi saya, sebenarnya perladangan kelapa sawit merugikan. Walaupun benar, sering dijulang sebagai sumber yang banyak membantu ekonomi Malaysia. Namun haruslah difikirkan nilai ekonomi dan kos sosial dan alam sekitarnya. Marilah kita baca ulasan ini dengan fikiran yang terbuka.


Kelapa sawit bukanlah tanaman menjamin keselamatan Makanan 


Tidak dinafikan kelapa sawit meyumbang nilai yang besar kepada eknomi negara, tetapi pernahkah and terfikir kos yang ditanggung oleh negara? 76% kawasan pertanian di negara ini di tanam dengan kelapa sawit. Kelapa sawit bukanlah tanaman makanan. sebaliknya ianya adalah tanaman untuk jualan iaitu minyak masak, biofuel, sabun dan sebagainya. Ini bukanlah makanan kritikal. Akibatnya? negara mengimport RM45bilion makanan berbanding ekspot hanya RM27bil (2016).
Apa akan jadi kalau terdapat krisis perang dan sebagainya, makanan tak dapat di impot, kita nak makan kelapa sawit kah?


Kelapa sawit mempunyai pulangan ekonomi yang rendah untuk peladang.

Dari segi ekonomi untuk pendapatan rakyat yang sering dilaung2kan. Berapakah pendapatan peneroka dapat untuk 10 ekar? 2 ribu ringgit? 3 ribu ringgit? Paling tinggi pun 4ribu. Ini dari 10 EKAR!. tanyalah pengusaha sayur  komersil di mana2, berapakan anggaran pendapatan bersih sebulan dari SEEKAR?, tidak kurang dari RM5ribu!!!. Kalau pengusaha sayur komersil ada 10 ekar, anda rasa berapakah pendapatannya sebulan? Berbaloikah Peladangan sawit dikatakan membantu ekonomi rakyat?

Kelapa sawit bukanlah membuka peluang pekerjaan untuk rakyat
Kalau dilihat dari segi nilai pekerjaan pula, berapa jam peneroka yang bekerja di ladang sawit? jawapannya kebanyakannya merkea tidak bekerja di ladang sawit mereka, sebaliknya mengupah tenaga buruh asing untuk kerja2 harian di ladang. Ini mendatangkan kos sosial dari segi pendatang asing. Tanyalah mana2 peneroka berapa orang anak2 mereka yang sanggup bekerja di ladang sawit? paling kuat pun satu dua sahaja. Anak2 yang lain terpaksa mencari rezeki di Kota atau buat bisnes lain. Atau pernah kah kita lihat iklan di suratkhabar untuk mempelawa rakyat tempatan bekerja di ladang sawit? Siapa yang mahu?

Kelapa sawit adalah perladangan yang merosakkan alam sekitar
Ini belum disentuh dari segi kos persekitaran dengan kehilanagan biodiversiti, kerosakan tanah dan sumber air yang dicemari baja dan racun perladangan. Banyak lagi perkara yang harus dipertimbangkan sebelum kita kekal memastikan kelapa sawit sebagai tunjang ekonomi negara.


Oleh itu perlulah diubah paradigma anggapan tentang nilai ekonomi kelapa sawit ini. Berbaloikah? apa kata dari tanah sepuluh ekar tu, diusahakan pertanian komersil yang lain. dengan teknologi pertanian moden, dan dengan memilih tanaman yang lebih bernilai, satu atau dua ekar sudah cukup untuk peladang mewujudkan syarikat usahama anak beranak untuk mencapai nilai pendapatan yang jauh lebih tinggi.