Thursday, September 14, 2017

Asrama terbakar sebab anak2 naik motor tanpa lesen..

Hari ni gempar berita kebakaran asrama Tahfiz Attafiqiyah di Petaling Jaya. 22 orang telah syahid. Takziah kepada keluarga syuhada2 muda ini. Bukan kali pertama asrama sekolah ugama terbakar dengan bilangan kematian yang tinggi. Adakah sekolah agama tak perlu ciri2 keselamatan? Pendapat saya, ini berkaitan dengan sikap masyarakat yang mengambil mudah peraturan keselamatan. Kalau ikut peraturan, bangunan sebegini perlu ada fire exit, larian keselamatan tidak melebihi 18 meter, penggera kebakaran, alat bantu mula. semua ini akan automatik ada sekiranya ada kelulusan bangunan setelah diubahsuai. Semua undang2 ini kadang2 dipandang remeh sebagai ciptaan manusia yang tak perlu dihormati.

Bila ini berlaku, ramai yang komen begitu begini. Yang mempertahankan pula akan bermatian2 menyandarkan pada takdir, atau menyalahkan kerjaan yang tak prihatin terhadap nasib sekolah agama persendirian begini.

Namun bagi saya, ini umpama menangis bila nasi sudah menjadi bubur. Siap yang memasaknya? kita semualah. Ini adalah masalahyang berakar umbi dari masyarakat sendiri. Bukan sekadar pengusaha sekolah tahfiz, bukan sekadar pegawai yang meluluskan peembinaan tanpa ikut syarat. Maslahnya bermula lebih jauh lagi.

sejak dari bangku sekolah lagi...

Cuba perhatikan, sejak dari umur semuda 7 tahun kita telahpun membiarkan anak2 kita tak hormat undang2. Cuba lihat di kampung2, bahkan di kawasan sekolah di dalam bandar pun, betapa selambanya anak2 menaiki motorsikal sedangkan kita tahu mereka tiada berlesen. Budak Form 1 boleh bawa motor hantar adik ke sekolah? tak ada undang2? ada. Habis tu? undang2 tak perlu dihormati...itu pendirian yang kita ajar kepada anak2 kita.

Bila besar, bayak undang2 sebenarnya dirasakan menyusahkan dan tak perlu. Naik kereta tak perlu paia seat belt. Buat rumah tak payah ada kelulusan, tak payah ikut syarat kelulusan bangunan. Yang besar jadi penguasa pula, undang2 penyelewengan di anggap enteng, akibatnya duit rakyat lesap berbilion ringgit baru ternganga. Baru nak protes, baru nak menyumpah, baru nak berreformasi.

Kalau dari awal kita tak benarkan anak kita naik motor tanpa lesen, insyaAllah generasi akan datang tak ada perangai yang macam ni.

Wallahualam

No comments: